ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Seramai 32 orang ditangkap di sekitar daerah Petaling Jaya dalam tempoh 24 jam kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam OP Covid-19.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka yang ditahan itu adalah lelaki yang berusia antara 18 tahun hingga 61 tahun.

Kesemua mereka ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka ketika berada di luar rumah.

Selain itu, tangkapan tersebut turut membabitkan dua lelaki yang menjalankan aktiviti perniagaan di tepi jalan.

Nik Ezanee sekali lagi memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang kini sudah memasuki fasa ketiga.

PKP fasa ketiga bermula 15 April lalu hingga 28 April ini.

Kegagalan mematuhi arahan tersebut membolehkan tangkapan dibuat seterusnya dakwaan di mahkamah mengikut peruntukan sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.