Penguatkuasa KPDNHEP WPKL akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan dan peniaga sepanjang PKP ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wilayah Persekutuan Kuala lumpur (KPDNHEP WPKL) telah mendenda dua peniaga sebanyak RM3,000 kerana tidak mempamer tanda harga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azzem Nazuri berkata, peniaga tersebut dikompaun masing-masing RM2,000 dan RM1,000 kerana gagal meletakkan tanda harga bagi minyak masak dan telur ayam pelbagai saiz di premis yang beroperasi di Pudu.

“Kes tersebut dihasilkan menerusi pemeriksaan harian yang dijalankan lebih kurang jam 12.30 tengah hari tadi (semalam). Kompaun dikeluarkan kerana kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993.

“Kompaun tinggi dikenakan kerana ada peniaga yang masih gagal mematuhi undang-undang walaupun sentiasa diberi peringatan dan amaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azeem menegaskan, menjadi peringatan kepada peniaga lain supaya mempamerkan tanda harga dan tidak mengambil kesempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sementara itu, sebanyak 1,227 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP WPKL sepanjang PKP ini dengan keseluruhan tujuh kes dgn nilai kompaun RM3,600.

Penguatkuasa KPDNHEP WPKL akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan dan peniaga diingatkan supaya tidak melanggar undang-undang dan kompaun tinggi akan dikenakan sekiranya masih gagal.

Kementerian menerusi Bahagian Penguatkuasa memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu mahu pun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang. Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui:

(i) Portal [email protected]

(ii) Call Centre 1800 886 800

(iii) Emel [email protected]

(iv) Aplikasi telefon pintar Ez ADU

(v) Enforcement Command Centre (ECC) Putrajaya 03-8882 6245 / 6088

(vi) Whatsapp ke 019- 279 4317. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Saman jer jgn bg muka sangat, diorg time2 mcm ni masih nk kira untung..kerajaan harus bertegas dgn peniaga2 yg suka2 naik kan harga ni.

Comments are closed.