KUALA LUMPUR – Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usianya 66 tahun di Hospital Assunta Petaling Jaya.

Farit merupakan penyampai berita RTM yang cukup terkenal sejak 1980-an lagi.

Sinonim dengan panggilan Pak Ngah, Allahyarham juga  antara penyampai berita paling lama di RTM dan menyumbang suara emasnya sejak 30 tahun lalu.

Jenazah  Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam PJS 4, Petaling Jaya.

Pengkebumian hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.