Pesawat khas kargo menghantar 10 juta topeng muka dan PPE dari China ke Scotland pagi Sabtu.

GLASGOW – Pesawat khas yang membawa 10 juta topeng muka dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dari China telah selamat mendarat di Scotland.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Prestwicki, Glasgow pada pagi Sabtu.

Kesemua 10 juta topeng muka dan peralatan kelengkapan perubatan yang lain seperti PPE diagihkan kepada kemudahan penjagaan kesihatan dan sosial oleh Khidmat Kebangsaan Scotland (NSS).

Pesawat kendalian Karco Air Bridge itu turut membawa pam infusi kepada Unit Rawatan Rapi serta kit pengumpul virus untuk kegunaan makmal kesihatan.

Kerajaan Scotland berkata, pada minggu lalu sahaja sebanyak 50 juta helai kelengkapan PPE telah diedarkan kepada hospital di seluruh negara.

“Melindungi kakitangan yang bertugas di barisan hadapan adalah keutamaan kami yang mana sentiasa bekerjasama dengan pengilang dan NHS di dalam negara serta antarabangsa untuk meningkatkan bekalan peralatan PPE,” ujarnya. – MalaysiaGazette