Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nurul Islam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 APRIL 2020.

AMPANG – Selepas Cheras, 10 kawasan di sekitar Ampang hari ini menjalani proses nyah cemar menerusi Operasi Sanitasi Awam yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Lokasi yang terlibat antaranya Masjid Nurul Islam, Kawasan Komersil Jalan Hilir 2 & 6, Taman Angkasa Hilir,Ampang, Kawasan Komersil Pandan Prima, Kawasan Komersil Pandan Jaya, Surau Al-Falah, Surau Al-Hilal, Jalan Pandan 5 Masjid Al-Mustaqimah dan Klinik Kesihatan Kg Pandan Dalam.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat persiapan sebelum memulakan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 APRIL 2020.

Seramai 40 anggota pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi itu seperti Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Alam Flora dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat.

Operasi tersebut bermula dengan taklimat pergerakan pada pukul 8.30 pagi yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba I, Pejabat Zon 4, Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof sebelum bergerak ke lokasi masing-masing pukul 9.30 pagi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat persiapan sebelum memulakan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nurul Islam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 APRIL 2020.

Operasi selama tiga jam yang turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 20 anggota itu merupakan Operasi Sanitasi Awam ke-10 sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan. – MalaysiaGazette