SINGAPURA/WASHINGTON- Selepas mencatatkan sejarah jatuh di bawah paras negatif sehingga mengejutkan pelabur dan menyeret harga saham serta nilai mata wang, minyak mentah AS kembali naik ke paras positif.

Kontrak hadapan penghantaran Mei, West Texas Intermediate naik hampir AS$39 tetapi masih berharga sekitar AS$1.76 setong.

Kontrak yang tamat pada penutup dagangan hari ini menyebabkan para pelabur terpaksa menghabiskan stok pada apa jua harga.

Harga Jun yang berada pada paras AS$22 setong memberi sedikit kelegaan.

Bagaimanapun, kejatuhan harga minyak ini menunjukkan betapa teruknya gangguan global akibat pandemik koronavirus dan perintah berkurung terhadap ekonomi dunia.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast