Dr. Najmil Faiz

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang ditempelak kerana tidak henti-henti menghentam Datuk Dr Adham Baba termasuk meminta Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, berbanding kesilapan yang pernah dilakukan oleh Lim Guan Eng, kesilapan yang dilakukan oleh Adham kecil sahaja.

”Buat apa YB Menteri Kesihatan perlu letak jawatan sedangkan ianya bukanlah kesalahan besar,” katanya sambil mengingatkan Kit Siang bahawa anaknya juga tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan walaupun kesilapan lagi teruk.

Najmil berkata, Guan Eng lagi teruk kerana silap titik perpuluhan hingga menuduh Kerajaan Barisan Nasional membuat pemalsuan akaun dan penyelewengan bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan.

”Lagi satu Uncle, tak perlu nak pecah-belahkan kepimpinan kerajaan dengan membandingkan Menteri Kesihatan dengan Ketua Pengarah Kesihatan. Masing-masing ada tugas sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Betul tu. Uncle bila nak berambus. Susahkan orang aje. Uncle dgn kawan kawan uncle boleh tak belah dan dudul jauh jauh . Uncle bukan sekadar warga emas tapi eloklah duduk diam diam di tok kong. Sembayang banyak banyak supays tak maduk neaka.

  2. susu jgn lupa minum biar otak tu menyambung sikit. ubat jgn lupa makan biar bodoh tu leh kawal sikit. Air suam jgn lupa minum kasi urine tract tu lancar sikit so boleh kencinggg lagiii…

  3. Betul tu..uncle cari publisiti murahan..lagi 1 suruh uncle lim nasihat tauke2 besar jgn liat nak bayar gaji minuman rm1200..mcm2 alasan di bagi..siap pergi mahkamah industri lagi..kat situ langsung tak buka mulut ..

  4. Kerajaan di minta abaikan semua kritikan2 dari pembangkang @ PH . Mereka sengaja membuat Omar untuk mengetepikan kerajaan sedia ada

  5. Bile uncle lim k s nk naik jump uncle lee k y….. Uncle sudah tidak sabar menunggu… Jgn buat kacau malaysia lg la… Sudah tua kasi byk2 rehat…

Comments are closed.