TOKYO – Nissan Motor Co. mengumumkan akan menutup sementara operasinya di ibu pejabat global dan beberapa lagi fasiliti di Jepun sehingga awal Mei bagi membendung penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut.

Pengeluar automotive Jepun itu menambah, ia akan mengurangkan operasi ke paras minimum di pejabat-pejabat utama di Yokohama serta fasiliti bukan kilang termasuk yang terletak berhampiran daerah Atsugi, Kanagawa di mana pusat R&D utamanya terletak.

Penutupan selama 16 hari itu akan bermula 25 April ini sehingga 10 Mei depan menyebabkan 15,000 pekerja terjejas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sama seperti pesaing-pesaingnya di peringkat global, Nissan terpaksa menutup hampir kesemua kilang-kilangnya di dunia akibat virus tersebut di samping mengantung operasi pengeluaran kenderaan di Jepun awal bulan ini disebabkan oleh kejatuhan permintaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast