Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Tindakan-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang berterusan ‘membaham’ Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba yang tersasul menyebut 500 buah negara adalah memual dan menyedihkan.

Lebih-lebih lagi apabila ahli politik pembangang senior juga turut terlibat, seolah-olah mereka tidak pernah melakukan kesilapan dan tersasul tutur kata sepanjang hidup.

Seorang pensyarah, Dr Anuar Ahmad berkata, kesilapan Adham itu telah dijadikan kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kerana sudah tiada isu lain yang boleh digunakan untuk mengkritik kerajaan.

Justeru itu, benda-benda yang remeh pun dijadikan isu.

Selain itu, katanya, wujud dendam kesumat yang terlalu mendalam dalam kalangan pembangkang menyebabkan mereka  tidak boleh membezakan antara kepembangkangan politik yang konstruktif dengan kebencian peribadi.

”…sudah tiada isu lain yang boleh digunakan oleh pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Jadi “tiada rotan, akar pun berguna”. Sampai benda remeh dan tersasul pun boleh dijadikan isu,” katanya.

Selain itu, katanya, barisan pembangkang sendiri tidak ada idea atau cadangan yang boleh mereka bentangkan pada rakyat.

”Apabila tiada sesuatu yang bernas untuk diberikan pada rakyat, carilah ‘kambing hitam’ untuk dijadikan umpan politik. Rakyat yang tidak berfikir panjang akan ‘termakan’ dan ikut sekali.

”Nampaknya semakin hari budaya kepembangkangan di negara ini semakin memualkan. Rasa dah macam hidup di Zimbabwe pula,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Betul kata YB. Mereka pembangkang tu sebenarnya hanya pandai bercakap saja tapi tak tahu buat kerja. Mereka membangkang turun menurun lagi hanya pandai lihat salah orang sahaja dan merasakan hanya merekalah yang terbaik. YB kena ajar mereks cukup cukup lebih lsgi dengan melayu DAP.. yang tak tahu jaga bangsa dan agama.

  2. Apabila mereka telah disucikan.
    – menteri kereta terbang.
    – menteri semb….
    – mak lampir.
    – perogol amah
    – penembak bab..
    – yb takut hilang exco
    ( hasnul)

    Noted.
    YB lompat parti haram gajinya bagi anak bini makan.
    (ulama pas)

    Walaupun kerajaan pengkhianat nasional ini berdiri tanpa manifesto.

    Maka adalah terbaik menyelesai kan bbrapa tuntutan & janji pemimpin umno pas pada kerajaan dulu dilaksanakan.

    – jgn simpan kes azmin.
    Masa anwar, syaifol mengaku diliwat & membuat laporan polis..
    Anwar didakwa & dipenjara tanpa ada video..
    Haziq pun mengaku diliwat Azmin.
    Bila nak didakwa ?

    – segera kes adib.
    – dakwa perogol amah.
    – jgn lulus uec
    – mansuhkan sekolah vernakular
    – mansuh ptptn@pas
    – YB umno pas istiharkan harta@arahan pm.
    – siarkan siaran lansung perbicaraan najib dimahkamah@najib
    – membawa kes terowong LGE@umno
    – menyiasat & mendakwa penjualan aset TH & Khazanah@mad hasan
    – Menyiasat & mendakwa kekayaan keluarga Tun@umno
    – laksanakan hukum hudud@ruu 355.

    Sekarang dah jadi kerajaan.

    Laksanakanlah.

    Bercakap mudah.
    Laksanakan belum pasti.

    Ingat menteri pas@takiyudin yg jaga kementerian uu.
    Harapan yg berpanjangan.
    Jangan sucikan pula pemimpin PN yg sedang disiasat & dibicarakan.
    – kes duit yayasan@zahid.
    – kes permit@bayaran levi@zahid.
    – kes src@najib.
    – kes 1mdb@najib.
    – kes solar@rosmah.
    – kes bung mokhtar.
    – kes ku nan.
    – kes nasarudin@pas.
    – kes pas terima duit umno
    – kes hadi cautim SR.
    – kes mazlan@1mdb.
    – kes shahril samad@1mdb.
    – kes pkpz@mca.
    – kes perwaja.
    – kes maika holding@mic

    Ingat.
    Rakyat Kerajaan Tebuk atap boleh lah ditipu@dikhianati.

    Tapi negara luar tidak.
    Mereka memperhatikan kita@malaysia

    Cukuplah kita dimalukan dgn hanya 1% saja negara luar yg iktiraf kerajaan pengkhianat nasional .

    Itu belum lagi istilah-istilah bodoh dari pasukan menteri khianat.
    – air suam@menteri kkm
    -doremon@rina
    -borang balik kampung@sabri
    – dron@anuar musa
    – makcik kiah@pm
    – tik tok@men pengajian tinggi
    – gunting rambut@dalam lipatan@azmin
    – menteri hewa@bodoh
    – RM 2 juta duit poket.
    – buloh betong@menteripas
    – langgar arahan pkp@timbalan menteri@exco pas.
    – menteri 500 negara

    Bila nak tunai kan manifesto lama.
    – Laksanakan hukum hudud dikelantan@pas.
    – air bersih menyeluruh@pas.
    – Perumahan rakyat@umno.
    – Turun harga kereta@umno.

    Jangan lupa laksanakan GST, kerana ia baik utk ekonomi rakyat@umno

    Yg paling hebat..
    Fitnah besar seorang ulama pas kepada anwar & amanah@presideng pas.

  3. Memang pun dia kambing hitam legam. Dah bodoh tu ngaku sajalah dan letak jawatan Menteri Air Suam skali dengan Timbalan Menteri makan kenduri. Dah bodoh tu tak payah politikus pembangkang yang komen rakyat2 biasa pun tau dia bodoh.

  4. Ariff Abdul muluk,awak ingat tak perkataan ini,
    Terima kasih kerana memberi pandangan,tapi awak sekarang bukan kerajaan.
    Kenapa merapu meraban awak ni

Comments are closed.