PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki semalam, hanya selepas lima jam dia mencuri sebuah motosikal.

Lelaki tersebut ditahan polis pada jam 7 malam semalam di Flat Putri Laksamana, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki menaiki motosikal SYM Sports Bonus dalam keadaan yang mencurigakan.

“Pasukan polis telah melakukan pemeriksaan tubuh badan suspek namun tiada jumpa apa-apa barang salah.

“Kemudian polis telah membuat semakan ke atas nombor enjin motosikal yang dimiliki suspek tersebut dan hasil semakan mendedahkan kenderaan itu sebenarnya telah dilaporkan hilang iaitu sekitar jam 2.15 petang pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, polis telah menangkap lelaki tersebut serta merampas motosikal itu dan membawanya ke Balai Polis Selayang untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes sedang disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri untuk tindakan selanjutnya,” kata. – MalaysiaGazette