KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu P Prabakaran didakwa sengaja mengeliru dan memfitnah apabila bertelingkah dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar semalam.

Santhara berkata, kehadiran Ahli Parlimen semasa mesyuarat berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang diadakan di sebuah bilik Pusat Kawalan telah mengganggu perjalanan mesyuarat tersebut.

Tambah beliau, Prabakaran yang dilihat tidak berpuas hati mempertikaikan mengapa kawasan tersebut diwartakan sebagai PKPD dengan nada yang tinggi.

Menurut Santhara, beliau tidak menghalau Ahli parlimen Batu itu, sebaliknya hanya meminta Prabakaran menunggu di luar bilik mesyuarat sehingga mesyuarat selesai.

“(Ketika) Datuk Seri Mazlan Lazim berjumpa dengan agensi-agensi (berkaitan), dia datang buka pintu terus masuk. Saya minta dia tunggu sekejap sebab saya belum habis mesyuarat.

“Tapi pada masa itu beliau agak lantang tanya kenapa kawasan ini di PKPD, kawasan ini tidak. Nadanya bercakap dengan Ketua Polis KL pun nadanya tinggi.

“Selepas beberapa minit saya panggil semula beliau datang berjumpa tapi beliau sudah buat FB Live,” katanya pada sidang media di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Semalam Prabakaran memberitahu, beliau yang datang meninjau PKPD kawasan Sri Murni telah dibawa ke Balai Polis Daerah (IPD) Sentul.

Katanya, sejurus tiba di Pusat Kawalan kawasan itu berlaku pertelingkahan antaranya dengan Santhara mengakibatkan polis mengiringinya keluar dari tempat tersebut untuk ke balai polis.

Sementara itu, Santhara berkata, walaupun boleh membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Prabakaran kerana memfitnah, beliau membuat keputusan untuk tidak memanjangkan isu itu.

Katanya, ini kerana pada waktu ini isu yang perlu diberi tumpuan adalah poenularan wabak Covid-19 dan bukannya membuang masa berpolitik.

“Sepatutnya saya mengambil tindakan mahkamah kerana beliau memfitnah dan saya boleh buat  laporan polis kerana mengelirukan kerana sudah ada isu perkauman dimainkan daripada isu ini. Saya anggap dia seperti adik saya.

“Oleh itu saya tidak mahu membuat laporan polis melainkan dipaksa atau terpaksa.  Saya tidak mahu merumitkan keadaan secara peribadi saya memaafkan.

“Tapi kesabaran ada batasnya, maka saya mohon jasa baik yang menaikkan video yang muat baik video itu padamkan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sumbat saja dia ke penjara. Kurang ajar dan prmbohong. Menyusahkan. Nak minta makan cakaplah kita boleh hantar food panda.

  2. suruh si Praba tu minta maaf melalui facebook beliau, baru lah betul caranya. Bukan suruh orang awam deletekan posting Praba tu atau minta JASA BAIK Praba untuk deletekan video itu.

Comments are closed.