KUALA LUMPUR – Jumlah tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menurun kepada 946 individu semalam berbanding 1,174 hari sebelumnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut 433 individu ditahan kerana melanggar arahan PKP di Zon Merah.
Sejumlah 822 daripada 946 individu telah direman manakala 124 diberi jaminan polis.
Semalam juga menyaksikan 101 individu telah dituduh di mahkamah kerana melanggar arahan PKP.
“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 20 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 16,870 individu,” katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 824 sekatan jalan raya di seluruh negara,dan melakukan pemeriksaan ke atas 603,314 kenderaan.
Sebanyak 52,380 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,127 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.- MalaysiaGazette