Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Ketika ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mempunyai dua ‘puak’ atau faction iaitu kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu yang kemudian bertindak keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) serta menubuhkan Perikatan Nasional (PN) sekaligus menjadi kerajaan dengan gabungan seperti UMNO, Pas, gabungan parti Sarawak.

Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu pula kekal dengan PH yang kini sudah bergelar pembangkang.

Laporan media pula menyebut ada kemungkinan Dr Mahathir akan duduk di blok pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 18 Mei depan.

Kenyataan ini juga diakui sendiri oleh Dr Mahathir semalam.

Bagaimanapun menurut peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula, walau apa pun ‘faction’ dalam Bersatu, Ahli Parlimen Langkawi yang juga bekas Perdana Menteri ke-7 sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai pembangkang.

“Walau apa sekalipun, ‘faction’ Parti Bersatu di bawah teraju Tun Mahathir tidak boleh dianggap sebagai tergolong di dalam pembangkang di bawah PH sama sekali.

“Sesungguhnya, hakikat ini adalah yang sebenar setakat kini, disebabkan mana-mana perubahan lanjut pendekatan para pemimpin berkenaan, cuma boleh dilaksanakan apabila isu dalaman parti dapat dibincangkan oleh pucuk pimpinan Parti Bersatu.

“Itupun selepas diangkat halangan pergerakan aktiviti Mesyuarat mahupun Perhimpunan Parti yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan sejak 16.03.2020 itu, yang dijangka selepas selesainya gejala COVID-19 kelak,” tulisnya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa bahawa parti Bersatu dengan dirinya sebagai Pengerusi kini terbelah dua.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan PH tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” jelas Dr Mahathir.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu, Haniff berkata, pada dasarnya ia mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dari sudut kedaulatan undang-undang walaupun mungkin “janggal” di fikiran rakyat biasa.

Beliau juga berpandangan bahawa ahli-ahli Bersatu dan rakyat Malaysia tidak harus melihat perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak baik.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus menerima perkembangan tersebut sebagai langkah positif agar politik negara dan tadbir urus kerajaan di bawah konsep demokrasi berparlimen di negara kita dapat keluar daripada kepompong mahupun tempurung politik kepartian semata-mata.’

“Pada masa yang sama, kesemua pihak harus sedar dan sabar terima hakikat, jikapun ada apa-apa penyelesaian positif di kalangan para pemimpin parti Bersatu secara muktamad ianya cuma boleh berlaku selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan gejala COVID-19 itu, kelak, In Shaa Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Ngkou sape, kuli kuti mayam ke. Nyebok galahkan tuan punya badan. Jgn jadi kunyit dia pem, my tu kuli dia.

  2. Eloklah juga dia diduk di blok terbuang tu supaya dia sedar diri dia tu siapa. Sekurang kurangnya kita ada ikan duyung tua jantan. Dia macam besi karat yang tidak dipandang lagi kerana nilainya rendah. Apa dia ingat dia tu bersih sangat me. Macam dewa ke. Rasanya lah dialab datuk kleptokrasi. Kalau tak masakan kekayaan dia berbilion sepertk dilaporkan. Jangan rasa baik sangat nak menghina Najib dan UMNO.

  3. Atok mahadtir tak payah lg lah sibuk sibuk nak berpolitik berdendam dan bermusuhan , yg penting atok satukan kembali kaum melayu ni demi bangsa dan martamat kaum melayu kembali .. br lah rakyat menghormati atok dan atok umur pun dah brapa , berilah tumpuan pd diri utk bekalsn akhirat ..

  4. Kita anggaplah yang dia sebenarnya sudah jadi kain buruk atau pun terompah tandas yang sudah rosak dan perlu dibuang saja. Tak payahlah dok asyik sebut nama dia kerana rakyat dah naik loya dengar nama dia. Suruh dia masuk DAP saja. Ramai orang akan buatkan dewa dan pooja dia. Orang melayu majoriti tak suka dengan apa yang dia buat sehingga aset dan kekayaan orang melayu habis dilelong.

Comments are closed.