Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bermula Jumaat ini operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi berkaitan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) akan dipendekkan kepada 7 pagi sehingga 7 petang sahaja berbanding 24 jam sebelum ini.

Arahan tersebut adalah bagi semua pergerakan keluar-masuk rakyat Malaysia dan kenderaan komersial seperti lori dan kargo.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob, operasi di Kompleks Sultan Abu Bakar (Laluan Kedua) masih sama iaitu 24 jam.

“Bagi Kompleks Sultan Abu Bakar, operasi berjalan seperti biasa iaitu 24 jam, termasuk kenderaan komersial seperti lori dan kargo. Ini supaya kes-kes kecemasan dan keperluan perubatan tidak terjejas,” katanya semasa sidang media hari ini.

Beliau turut mengumumkan tiada kemasukan secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia dari pintu masuk Singapura.

Sehingga kini, kerajaan telah menyediaan 6,000 bilik untuk tujuan kuarantin wajib di 22 pusat kuarantin dan proses untuk menambah 4,000 bilik lagi masih dijalankan.

Penambahan bilik-bilik tersebut bukan sahaja di Johor malah turut melibatkan Melaka.- MalaysiaGazette