Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Terdapat pertambahan satu kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian itu membabitkam seorang wanita berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Katanya, wanita itu dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April lalu dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi.

“Terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes (62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali daripada bilangan kes yang dilaporkan.

Bagaimanapun Noor Hisham memberitahu, terdapat 50 kes baharu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Oleh itu, katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,987 kes dan Mereka yang dijangkiti telah diasingkan dan diberi rawatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Syukur ALHAMDULILAH mudah2an akan berkurangan d masa bulan RAMADHAN.
    YA ALLAH SESUNGGUHNYA PENYAKIT ITU DATANG DRP ENGKAU YA ALLAH HANYA ENGKAU SAHAJA YG BOLEH MENGANGKAT DN MENYEMBUH KN MEREKA2 YG D JANGKITI VIRUS INI
    AMEEN…

Comments are closed.