Majlis Perbandaran Klang (MPK)

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan sebanyak 14 premis di Kampung Jawa dan Sungai Kapar Indah, di Klang menghentikan perniagaan masing-masing kerana beroperasi tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu mengesan aktiviti peniaga yang menjalankan aktiviti tanpa kebenaran yang sah susulan operasi diketuai Pengarah Undang-Undang MPK, Datin Fadzilah Abdul Aziz di dua lokasi berkenaan.

“Dalam pemeriksaan kedua di Sungai Kapar Indah, sebanyak 38 premis perniagaan dan 10 daripadanya diarahkan tutup kerana tidak berlesen,” kata MPK melalui kenyataan di Facebook hari ini.

MPK turut menasihatkan peniaga supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April ini. – MalaysiaGazette