Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail (kiri) menyerahkan replika cek kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Yahya (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Dapur Al-Itam Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Masjid Salahudin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang penganjuran majlis berbuka puasa atau Iftar Ramadan di masjid mahu pun surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi umat Islam yang akan menunaikan ibadat puasa yang dijangka bermula Jumaat ini.

Menurut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agam), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, keputusan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti di rumah ibadat bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Setakat ini Iftar Ramadan buat setakat ini selama mana wujudnya PKP, kita tidak akan adakan sebab kita hendak menghormati apa yang dikata untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan sebaik mungkin.

“Jadi, buat masa ini arahan yang terkini, kalau Ramadan jatuh pada Jumaat ini, maka kita kekalkan dengan tidak ada iftar di masjid.

“Kita hanya memberi kepada mereka dan makan di rumah masing-masing,” katanya pada sidang media di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap pada Majlis Pelancaran Program Dapur Al-Itam Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Masjid Salahudin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2020.

Terdahulu, Zulkifli melancarkan Program Dapur Al-It’am Masjid dan Surau WilayahPersekutuan, Zakat Online dan Penyampaian Bantuan Pengimarahan dan Ihya Ramadhan Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2020.

Hadir sama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Dalam pada itu, Zulkfili juga memberi jaminan pihaknya akan membuat sebarang keputusan dari semasa ke semasa berkenaan sebarang bentuk aktiviti Ramadan meskipun tempoh PKP ditamatkan lebih awal.

“Insya-Allah kita akan buat keputusan dari semasa ke semasa. Saya akan mengambil kira raya ker apa sekali Insya-Allah dari semasa ke semasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast