Home Nasional JKN Sabah nafi klinik di Sandakan tutup sebab kes sporadik

JKN Sabah nafi klinik di Sandakan tutup sebab kes sporadik

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah menafikan dakwaan terdapat klinik swasta di daerah Sandakan ditutup berikutan satu kes sporadik Covid-19 mendapat rawatan di situ.

Sebaliknya Pasukan Respons Pantas Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa klinik tersebut ditutup bermula 19 hingga 28 April 2020 untuk proses nyah kuman.

Dalam masa yang sama JKN Sabah turut menafikan seorang pesakit positif wabak itu di Kudat melarikan diri dan sedang diburu oleh pihak polis.

“Pihak JKNS ingin memaklumkan terdapat satu mesej tular dalam Facebook yang menimbulkan persoalan di daerah Kudat. Mesej tular ini adalah tidak benar,” kata JKNS. -Malaysiagazette