Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha makanan dalam talian dan penghantar makanan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya diminta mendaftarkan operasi perniagaan masing-masing dengan pihak berkuasa tempatan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksnakan ketika ini.

Mereka juga perlu mengisi borang yang disediakan selain hanya dibenarkan bergerak di dalam lingkungan 10 kilometer radius daripada kawasan operasi.

“Pengendali, pengusaha makanan perlu menggunakan khidmat penghantar seperti Foodpanda, GrabFood atau penghantaran makanan persendirian dan boleh menggunakan sebarang landasan di media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing

“Pengendali, pengusaha makanan di kawasan MPSJ boleh menggunakan sebarang platform yang ada di media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing ,” kata MPSJ menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu MPSJ memberitahu, penghantar makanan yang berdaftar akan dibekalkan pas khas kebenaran penghantar makanan MPSJ.

Ujarnya, bagi tujuan itu bayaran RM10 akan dikenakan semasa pengambilan pas.

Selain itu, MPSJ turut mewajibkan pengendali, pengusaha dan penghantar makanan membuat saringan kesihatan Covid-19 serta suntikan typhoid di klinik kesihatan dan kos di bawah tanggungan sendiri.

Katanya lagi, masa operasi yang ditetapkan adalah bermula adalah dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. – MalaysiaGazette