KUALA LUMPUR – Menyedari kesulitan yang bakal dihadapi sepanjang Ramadan yang bermula Jumaat esok, Persatuan Kebajikan Usahawan Setiawangsa mengambil inisiatif memperkenalkan e-bazar bagi memudahkan masyarakat di Parlimen itu serta kawasan sekitar menempah juadah berbuka.
Portal atau laman web dengan nama pautan ebazarramadan.com.my memaparkan maklumat dan kaedah untuk warga Setiawangsa memesan juadah secara dalam talian dengan mudah.
Persatuan itu menyediakan hampir 150 jenis juadah istimewa kepada orang ramai untuk berbuka sepanjang bulan Ramadah penuh bermakna itu.
Menurut maklumat yang disediakan persatuan itu, seramai 50 penjual terlibat dalam inisiatif penyediaa n juadah Ramadan sepanjang buln puasa ini.
Setakat hari ini, lebih 150 set nasi, 100 jenis lauk-pauk dan masakan panas,kuih-muih dan kuih raya turut antara juadah yang diniaga untuk penduduk sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai dan Semarak.
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi turut mengambil inisiatif berkongsi laman berkenaan di laman Twitter bagi memudahkan orang ramai membeli juadah berbuka secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
e-Bazar Ramadan juga salah satu langkah komuniti membantu peniaga-peniaga bazar ramadan di kawasan terpilih berhubung dengan pengguna kawasan sekitar sepanjang Ramadan oleh kerana tiada bazar Ramadan kali ini disebabkan risiko Koronavirus dan PKP.
Persatuan usahawan Sitiawangsa berkenaan juga boleh diikuti di Instagram dan Twitter.
Mereka juga juga mempelawa mana-mana individu yang ingin menjadi penghantar makanan bagi khidmat tersebut dengan menghubungi talian 0193539255.
Sebelum disahkan perkhidmatan sebagai rider atau penghantar makanan, setiap individu atau pemohon diminta menjalani saringan Covid-19 di klinik kerajaan berhampiran terlebih dahulu.-MalaysiaGazette