Foto Instagram Soo Wincci.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci masih meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan yang sering dilakukan saban tahun.

Malah tahun ini sudah memasuki kali kesembilan dia berpuasa.

Menerusi perkongsian di Intagram, Miss World Malaysia 2008 itu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berada di tanah air selepas dua tahun berpuasa di luar negara.

Soo Wincci turut memuat naik fotonya sedang bersahur.

Seperti selepas Ramadan yang lalu, Soo Wincci turut melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal. – MalaysiaGazette