TERKINI : Kami Bukan Tak Mampu Beli “Semata-Mata Beri Beras dan Tepung Sahaja” – Penghuni Sri Murni

Perintah PKPD secara mengejut itu menyebabkan kebanyakan penduduk setempat hilang ‘arah’ terutama bagi mendapatkan keperluan asas termasuk bekalan makanan serta ubat-ubatan.

Hampir setiap hari kita boleh mendengar keluh kesah mereka khasnya di Pusat Bandar Utara di sini yang dipercayai diduduki hampir 16,000 penduduk Malaysia dan warga asing terutama isu bekalan makanan dikatakan hanya mula diagihkan sejak semalam selepas hampir tiga hari PKPD dilaksanakan.