Najib Razak

KUALA LUMPUR – Tindakan portal Asia Sentinel menyiarkan sebuah artikel menyerang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dipertikaikan oleh banyak pihak.

Selain petugas kesihatan dan pakar-pakar perubatan tempatan yang memberi sokongan penuh di belakang beliau dengan menafikan kandungan artikel berkenaan, pengiktirafan antarabangsa yang meletakkan Dr. Noor Hisham salah seorang daripada tiga doktor terbaik dunia dalam pengurusan Covid-19 sepatutnya menjadi bukti kukuh terhadap sumbangannya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan rasa hairan beliau dengan tindakan portal berkenaan.

Tambahan pula, banyak perkara yang diragui berhubung penyiaran artikel tersebut antaranya alasan yang diberikan oleh menteri-menteri Pakatan Harapan yang mendakwa tidak mendapat nasihat sepatutnya daripada Dr. Noor Hisham.

Ini dakwa mereka menjadi penyebab mengapa wabak Covid-19 sukar dikawal di negara ini terutama selepas kerajaan PH ketika itu meluluskan perhimpunan antarabangsa jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling yang seterusnya menjadi penyumbang kluster tersebut wabak berkenaan.

“Artikel ini mengaku bahawa gagalkrasi PH telah gagal dalam usaha dan persiapan untuk melawan wabak Covid dari segi dasar menentang amaran dan nasihat WHO dengan membenarkan perhimpunan umum besar, kekurangan bekalan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan kekurangan kapasiti untuk membuat ujian Covid.

“Tapi artikel ini kata sebab pemimpin-pemimpin PH gagal ialah kerana mereka tidak diberi nasihat yang sepatutnya dari Datuk Noor Hisham!

“Sendiri yang gagal, kenapa pulak nak salahkan orang lain?

“Penulis pula diberikan nama sebagai “Our Correspondent” sahaja.

“Bukan itu sahaja tetapi posting FB Asia Sentinel ini juga telah disponsor untuk disebar luas.

“Apa motif Asia Sentinel?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Artikel bertajuk Malaysia’s Health Czar Under Fire itu turut mengecam Dr. Noor Hisham dengan mengatakan beliau adalah seorang autokratik.

Dakwaan tersebut telah disangkal oleh ramai petugas kesihatan Malaysia termasuk Pakar Perbidanan dan Ginekologi terkenal, Dr. Imelda Balchin yang mempunyai pengalaman peribadi dengan Dr. Noor Hisham.

Beliau yang berpengalaman luas selama belasan tahun sebagai pakar perubatan di luar negara berhasrat untuk pulang ke Malaysia selepas pertikaian di antara petugas kesihatan dengan Setiausaha Kesihatan United Kingdom ketika itu, Jeremy Hunt dilihat tidak berkesudahan.

Pada 2014, Dr. Imelda telah menghubungi Dr. Noor Hisham untuk menyatakan hasratnya dan beliau diterima baik oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu.

“Dalam banyak urusan dan komunikasi dengan KP kami, beliau adalah manusia yang pelbagai tetapi bukan autokratik.

“Ketika saya menghubungi beliau pada 2014 untuk menyatakan hasrat pulang ke Malaysia, saya terus dapat merasakan diri ini dialu-alukan.

“Di situ saya sedar, ada perpaduan di Malaysia dan itu adalah kekuatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana hampir keseluruhan profesional perubatan dan penjagaan kesihatan berdiri teguh.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk pulang ke tanah air,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.- MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Dulu serang Jakim kononnya rasuah dalam pengIktirafan logo halal Malaysia. Tak ada sambutan terus diam.
    Sentinal adalah badan mubaligh Keristian di Asia and anything having to do with Islamic religion or Muslim is fair game.

Comments are closed.