Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap melarang pengajuran Liga Malaysia atau sebarang aktiviti perkumpulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, larangan aktiviti perkumpulan merupakan salah satu prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi rakyat selepas PKP tamat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) katanya, sedang menyediakan SOP-SOP yang perlu dipatuhi selepas tempoh PKP ditamatkan, tambahnya.

“Katalah PKP tamat pada hari ini, bukan bermakna esok semua orang boleh bergerak bebas.

“Ada lagi SOP-SOP lain yang akan diperkenalkan dan perlu dipatuhi.

“Perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan. Itu salah satu perkara yang kita tidak akan benarkan walaupun PKP ditamatkan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, persatuan tersebut bersama Kementerian Belia dan Sukan telah menulis surat kepada MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan kelulusan untuk menggunakan SOP bagi Liga Malaysia yang telah ditunda sejak 16 Mac lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Setuju sangat. Jangan benarkn. Pemain kebanyakan gaji besar. Sudah tentu ada simpanan dan pelaburan. Masa ni lah guna simpanan tu. Takkan gaji 10 ribu, 20 ribu dan ada yg tinggi lagi takde simpanan? Takkan tak beli rumah kedai, rumah utk di sewa, buka perniagaan, buka restoran sbg pelaburan masa depan?.

Comments are closed.