TERKINI : Hari Pertama Puasa, Petugas KKM Lakukan Saringan Sehingga Lewat Malam

Kira-kira 50 orang petugas KKM tiba di Menara Plaza City One Kuala Lumpur untuk menyambung proses pengumpulan sampel penghuni di unit kondominium tersebut selepas selesai berbuka puasa.

Sehingga ke hari ini, setelah keseluruhan 1,986 bilangan sampel yang diperolehi daripada 3,200 penghuni, jumlah kes positif yang dikenalpasti ialah sebanyak 51 kes.

Petugas-petugas KKM tersebut dilihat selesai selepas hampir 4 jam menjalankan proses pengumpulan sampel tersebut.