Operasi dijalankan oleh setiap agensi dengan pemantauan di lebih 20 kawasan sensitif sumber air.- Sumber hiasan.

KUALA LUMPUR – Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas hampir empat jam awal pagi tadi untuk mencari punca terhadap pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, LPA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pukul 12.15 tengah malam tadi selepas pihaknya mengesan pencemaran bau,

Bagaimanapun, ia telah kembali beroperasi semula pada pukul 4 pagi.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencemaran bau berkenaan,” katanya menerusi laman sosial itu hari ini.

Difahamkan, Ia merupakan kali kedua sungai yang menjadi sumber bagi merawat air untuk kegunaan pengguna di Lembah Klang itu tercemar dalam tempoh 10 hari. – MalaysiaGazette