Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan memaklumkan dua daerah di Semenanjung Malaysia dikategorikan sebagai zon bebas Covid-19.

Data CPRC menunjukkan daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang pada Sabtu dikategorikan sebagai zon kuning dikesan bebas jangkitan itu pada Ahad.

Batang Hulu dan Hilir Perak masing-masing mencatatkan kosong jangkitan Covid-19 apabila satu-satunya pesakit di dua kawasan itu didapati sembuh Covid-19.

Kedua-dua daerah itu menjadi daerah ketujuh bebas Covid-19 selepas Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Mua’llim bebas wabak berkenaan.

Bagaimanapun daerah Jempol, Negeri Sembilan dikategorikan kembali sebagai zon kuning apabila terdapat satu kes aktif Covid-19 dilaporkan di daerah itu.

Menurut CPRC lagi, zon merah aktif kebolehjangkitan Covid-19 masih kekal kepada 13 zon.

Lembah Pantai 280 kes aktif; Kuching 177 kes; Kota Samarahan 67; Kepong 76 kes aktif; Titiwangsa 54; Petaling 52; Seremban 87 kes; Hulu Langat Selangor 85 kes aktif; Melaka Tengah 50 kes; Kluang 85; Johor Bahru 83 kes, Kuantan 62; dan Klang 44. -MalaysiaGazette