KUALA LUMPUR- Setiap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diambil keterangan terlebih dahulu oleh polis sebelum kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, yang menentukan kes tersebut akan dibawa ke mahkamah atau tidak bukan polis tetapi Jabatan Peguam Negara.

SOP (Operasi Prosedur Standard) adalah sama (untuk semua orang) dan bukannya kuasa polis untuk menentukan individu tersebut akan didakwa atau tidak,” katanya semasa sidang media hari ini.

Beliau memberi penjelasan berhubung kekeliruan rakyat berhubung SOP yang digunakan terhadap individu ingkar PKP kerana dikatakan terdapat individu yang hanya perlu memberi keterangan kepada polis sahaja tetapi tidak didakwa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, polis telah menahan 606 individu ingkar PKP semalam yang mana 556 direman manakala 50 lagi dijamin polis.

Seramai 22 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP, semalam.

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 26 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 20,617 individu.

Menyentuh mengenai aplikasi Gerak Malaysia, Ismail Sabri berkata, pihak polis akan mengeluarkan set soalan lazim tidak lama lagi bagi memberi butiran lanjut berhubung SOP pergerakan pulang ke tempat bermaustatin bagi individu-individu yang terperangkap di sesebuah tempat akibat pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast