Kim Jong-un

WASHINGTON – Donald Trump berharap pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat selepas spekulasi mengenai kesihatan Kim.

Khabar angin mendakwa Kin baharu sahaja selesai menjalani prosedur jantung beberapa minggu lalu.

Daily NK, sebuah laman web yang berpusat di Seoul, melaporkan minggu lalu bahawa Kim sedang menjalani rawatan pemulihan setelah menjalani prosedur kardiovaskular pada 12 April lalu.

Sebuah kereta api khas milik Kim telah ditemui minggu lalu di bandar peranginan Korea Utara, Wonsan, menurut gambar satelit yang ditinjau oleh 38 North, sebuah projek pemantauan Korea Utara yang berpusat di Washington.

“Saya tidak dapat memberitahu anda dengan tepat,” kata Trump ketika ditanya mengenai keadaan Kim pada sidang akhbar White House.

“Ya, saya mempunyai idea yang sangat baik, tetapi saya tidak dapat memaklumkannya sekarang. Saya hanya berharap dia dalam keadaan baik. ”

Trump berharap misteri keadaan Kim akan didedahkan tidak lama lagi.

“Saya harap dia baik-baik saja. Saya tahu bagaimana beliau secara relatif.

”Kita akan lihat – anda mungkin akan tahu mengenainya tidak lama lagi,” kata Trump. – MalaysiaGazette