GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain.
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kesemua mereka membayar denda itu.
— BERNAMA
Nasib baik 1K Klau lebih 2K Mampos hilang jawatan.dn.kelayakan AP kna undi
PRK pulak .
Aku bukan nak ulas keputusan dan tindakan mahkamah. Yang gelinya kenyataan YAB Menteri Besar Perak di Malaysiakini utk rakyat ambil iktibar dari kes ini. ….
YAB MB…..
Itu bukan pengajaran namanya
Mereka diberi kepercayaan oleh rakyat utk mewakli rakyat dan memikir di dalam merangka undang2 /enakmen negeri demi kesejahteraan negara dan negeri. Mereka ini bukan sebarangan…. Timbalan Menteri dan Exco lagi. Bukan saja melakukan kesalahan tetapi menggumpul orang ramai utk turut lakukan kesalahan….
Opps… TIM. MENTERI KESIHATAN LAGI…..Kementerian yg bertindak secara langsung dlm membenteras penularan Covid-19. Camna yer Tim Menteri tu mengajak rakyat utk mematuhi KPK yer…… nampak cam katun jer!!!!
APA KER HALNYA JIKA BEGITU JADINYA NGAPA HANYA RM1K seoerti pesalah2 biasa saja…..????
Jika utk beri pengajaran sebagaimana YAB MB katakan, mereka harus diberi tindakan yg lebih berat lagi.
Malah ada yg aku dengar pesalah yg nelangar peraturan di denda dan dipenjara. Maaf, jika aku tersilap dengar.
So YAB MB…. lebih baik dok diam saja ler dari mengulas perkara yg remeh2 camnie. Biarkan saja mahkamah buat keputusan dan serah saja kpd rakyat menilainya.