TERKINI : Dr Noor Hisham Sahkan Bayi 18 Hari Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  hari ini mengesahkan seorang bayi positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif virus itu selepas 18 hari dilahirkan di hospital.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak dapat memastikan bagaimana bayi itu dijangki virus tersebut.