KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat melakar sejarah apabila mengikat tali pertunangan secara dalam talian semalam dengan pilihan hatinya Nabil Mahir.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, Ayda berkata, ikatan pertunangan itu berlangsung bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-32.

“Melamar pada hari jadi saya. Bertunang pada hari jadi anda. Saya yakin kita boleh lakukan sehingga majlis bahagia kita. Kini anda sah bergelar tunang saya,” katanya.

Nabil juga turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya.

Umum mengetahui sebaran majlis adalah dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Majlis nikah juga telah beberapa kali dilakukan secara online.

Pasangan itu masing-masing memakai busana berwarna pink dan kemudian menyunting gambar yang diambil kelihatan seperti mereka seperti berada di lokasi yang sama. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast