Sebahagian daripada kenderaan yang hangus terbakar dalam letupan di pasar Afrin. foto Agensi

ANKARA – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam serangan bom di bandar Afrin, dekat barat laut Syria, kata Turki.

Gabenor Hatay memaklumkan sebuah kapal tangki bahan bakar yang dipenuhi dengan bom tangan meletup di sebuah pasar yang sesak.

Beliau dan Kementerian Pertahanan Turki menuduh kumpulan militan Kurdi iaitu YPG, yang ada kaitan dengan kumpulan militan Kurdi di Turki bertanggungjawab membuat serangan tersebut.

Afrin dikendalikan oleh tentera Turki dan sekutu pembangkang Syria.

Pada tahun 2018, mereka melancarkan operasi bersama untuk mengusir Unit Perlindungan Rakyat Kurdi Syria (YPG) keluar dari kota dan wilayah sekitarnya.

Kerajaan Turki menuduh YPG menjadi penghubung Pekerja Kurdistan (PKK) yang dikategorikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

YPG, yang dipercayai oleh AS digunakan untuk menumbangkan kumpulan ISIS di Syria, mengatakan mereka adalah entiti yang berasingan.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada YPG.

Lori tangki itu meletup di pasar udara terbuka di wilayah Souk Ali, di tengah Afrin berhampiran dengan pejabat pemerintah tempatan, menurut Syrian Observatory for Human Rights sebuah kumpulan pemantau yang berpusat di United Kingdom.

Pasar itu selalunya penuh dengan pengunjung sebelum beberapa jam waktu berbuka puasa.

Kementerian Pertahanan berkata, kesemua yang maut dalam serangan itu adalah orang awam termasuk 11 orang kanak-kanak.

Manakala lebih 40 orang cedera.

“PKK/YPG sekali lagi mensasarkan orang awam,” kata kementerian tersebut.

Syrian Observatory for Human Rights berkata, seramai 40 orang awam maut bersama enam anggota pembangkang Syria yang bersekutu dengan Turki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast