TERKINI : Tiada Kes Kematian Hari Ini – Dr. Noor Hisham

Terdapat pertambahan 94 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada pertambahan itu sebanyak 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia.

Katanya, ini bermakna, kes penularan tempatan wabak berkenaan adalah sebanyak 22 kes sahaja.