Perkembangan terkini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 daerah di seluruh negara kini diisytihar zon hijau iaitu sifar kes pandemik Covid-19 manakala 12 daerah kekal zon merah.

Maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menunjukkan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan kekal dalam zon hijau.

Negeri-negeri yang mencatatkan satu digit kes aktif adalah P. Pinang, Perak dan Labuan.

Berita lanjut menyusul.

— MalaysiaGazette