Mohammad Rafiezulanwar menunaikan janjinya.

KUALA LUMPUR – Semalam seorang pemuda memuatnaik satu hantaran di laman Facebook disertai sekeping  gambar.

Beliau menulis: “Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm niyy .. 😏😏😏
Takkan dapat punya 1M comment tu .. 💁🏻‍♂️💁🏻‍♂️💁🏻‍♂️”

Gambar yang dimuatnaik Mohammed RafiezulanwarJafri.

Mohammad Rafiezulanwar Jaffri mungkin tidak menyangka hantaran yang mencabar dirinya sendiri itu mampu meraih 1 juta komen.

Apatah lagi dengan jumlah follower di laman Facebook beliau sekitar 7,533 pengikut tentunya untuk mendapat 1 juta komen bagi Mohamad Rafiezulanwar seperti hampir mustahil.

Bagaimanapun selepas lapan jam memuatnaik hantaran tersebut, ternyata sangkaannya meleset apabila hantaran itu berjaya meraih 1 juta komen.

Ketika dihubungi MalaysiaGazette, pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, beliau langsung tidak menyangka hantaran yang dibuat secara spontan itu mendapat komen sebanyak itu.

“Sebenarnya semua ini secara spontan, saya tidak ada sebarang rancangan, sangat terkejut bila dapat tahu hasilnya.

Ditanya apakah reaksinya sebaik melihat angka 1 juta itu, katanya, dia reda dan bersedia untuk mengotakan janjinya kepada netizen walaupun terpaksa membotakkan separuh daripada rambutnya meniru foto yang telah dimuatnaik.

Katanya, ahli keluarga dan rakan-rakannya juga memberi semangat kepadanya supaya berpegang kepada janji yang telah dibuat dan jangan sesekali menipu netizen.  – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.