Operasi dokumentasi dan kesihatan yang dijalankan oleh pelbagai agensi Penguatkuasaan dan Kesihatan telah menahan sebahagian warga asing dan dibawa ke depoh tahanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 01 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Bebarapa agensi penguatkuasa keselamatan hari ini mengempur kawasan Masjid India dan Menara Plaza City One yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lebih 150 orang pegawai dan anggota penguatkuasa yang terdirri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mula memasuki kedua-dua lokasi itu kira-kira pukul 9 pagi.

Sekumpulan pengamal media yang membuat tinjauan di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran agensi terbabit dalam skala besar.

Para wartawan tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku yang mana terdapat pergerakan keluar masuk anggota agensi terlibat.

Kenderaan penguatkuasa dan lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), JIM, PDRM dilihat memasuki kawasan Menara Plaza City One yang terletak di Jalan Munshi Abdullah.

Kenderaan dan lori pihak berkuasa berkenaan juga berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan beberapa jalan yang melibatkan kawasan komersial Masjid India.

Selain itu, pergerakan pasukan yang menjalankan pembersihan dan nyah kuman di kawasan PKPD tersebut turut memasuki zon tersebut.

Pada pukul 12.53 tengahari, sepasukan anggota kesihatan yang dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dilihatĀ  melakukan pembersihan dan nyah kuman di premis tersebut.

Bagaimanapun kehadiran trak JIM mencetuskan persoalan sama ada berlaku pemeriksa dokumen ke atas warga asing. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. memang perlu pun kalu melibatkan warga asing yan betul tiada apa dokumen yang lengkap dan masuk secara haram ni buat apa kita masih perlu berikan muka kepada mereka yang datang secara terlarang ni, benda ni bukan boleh dijadikan bahan mainan kita per banteras sampai ke peringkat akar umbi agar tidak berlaku lagi nanti berkaitan ngan permintaan kesamarataan plk,

  2. Syabas dan tahniah kpd pihak penguat kuasa yg terlibat, sudah tamat masa utk berlembut dgn PATI kini masa itk bertegas. Usah ada lg tolak ansur dgn mereka ini. Sekali lg diucapkan syabas xan tahniah. Juga diharapkan tindakan begini akn berterusan serta tidak bermusim.

Comments are closed.