SEOUL – Empat warga asing di Korea Selatan termasuk seorang pelajar dihantar pulang ke negara asal selepas didapati melanggar peraturan kuarantin, kata Kementerian Kehakiman pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.

Tiga yang lain terdiri warga China, Amerika Syarikat dan Kemboja.

Mereka didapati keluar untuk ke gimnasium dan kedai serbaneka.

Kementerian itu berkata, empat lagi warga asing yang juga didapati melanggar peraturan kuarantin diberi kelonggaran atas alasan munasabah dan hanya didenda.

Semua warga asing yang tiba di Korea Selatan selepas 1 April mesti menjalani kuarantin.

Setakat ini, 18 warga asing dihantar pulang ke negara asal masing-masing kerana melanggar peraturan kuarantin, termasuk mereka yang diusir apabila enggan mematuhi peraturan itu.

Sementara 35 lagi tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan semasa proses pemeriksaan kastam di lapangan terbang.

Pada Jumaat, negara itu mengesahkan sembilan kes baharu menjadikan keseluruhan kes 10,774, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Daripada sembilan kes baharu itu lapan adalah kes import. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.