Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyarankan agar Gabenor Bank Negara (BNM) dipanggil untuk membuat penjelasan.

Perkara itu dipercayai ada kaitannya kenyataan BNM semalam berhubung moritorium penangguhan bayaran pinjaman sehingga Oktober 2020 sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Governor BNM wajar di panggil dan membuat penjelasan,” demikian ciapan Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitter.

Semalam, kecoh di laman sosial mengenai kenyataan terbaru isu moratorium yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini dinyatakan peminjam akan menerima tangguhan bayaran secara automatik dalam tempoh enam bulan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru malam tadi, dimaklumkan peminjam perlu membuat pemohonan jika bersetuju dengan penangguhan tersebut dan turut dinyatakan tentang kadar faedah yang perlu dibayar.

Laman Facebook BNM dihujani ribuan komen netizen yang rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman terbaharu bank Pusat itu yang disifatkan sebagai mengelirukan peminjam.

Kalangan netizen juga berpendapat BNM gagal dalam membuat keputusan yang konsisten dengan matlamat asal kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang sepatutnya memudahkan rakyat.

Mereka juga berkata, rakyat yang membuat pinjaman telah meletakkan di dalam fikiran bahawa selepas tempoh enam bulan pinjaman perlu dibayar tanpa faedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Setuju. Gabenor BNM negara mesti dipanggil dan buat penjelasan kpd MKN dan Kabinet. Jika penjelasan tidak memuaskan, pecat sahaja Gabenor BNM. Kalau kerajaan tak pecat, kerajaan yg akan dipecat oleh rakyat…

  2. Sebab dia lantikan PH. Kena turunkan dia dulu. Atau dia perlu lepaskan jawatan. Kalau tidak kenyataan dan pelaksanaan akan bercanggah.

Comments are closed.