Datuk Seri Saripuddin Kassim

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kassim dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkuat kuasa Isnin ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang memberitahu, pelantikan tersebut dibuat berikutan Saripuddin merupakan penjawat awam yang telah berkhidmat selama hampir empat dekat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Beliau akan mengambil alih tanggungjawab Pengerusi eksekutif Dr Nungsari Ahmad Radhi, yang meletak jawatan pada 10 April 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata, Saripuddin juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Kementeriam Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Saripuddin yang berasal dari Kedah merupakan pemegang Ijazah sarjana dalam bidang korporat kewangan dari University of Hartford, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Ekonomi
dari Universiti Malaya.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan kerajaan sebagai penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun dan pendidikan dan latihan atase untuk Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas di beberapa sektor pengangkutan, Saripuddin juga pernah berkhidmat dengan beberapa pihak berkuasa pelabuhan, termasuk Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Bintulu serta untuk Prasarana Berhad, MyHSR Corporation Sdn Bhd dan Keretapi Aset Perbadanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast