TERKINI : ALHAMDULILLAH… Ini Peluang Tuk Saya Balik Kampung – Penuntut ASWARA

Pengumuman kerajaan selepas hampir dua bulan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membolehkan para penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) pulang ke kampung sebenarnya sesuatu yang amat dinantikan.

Malah bagi para penuntut Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) begitu teruja sehingga ada kalangan mereka sudah tiada lagi kata-kata meluahkan emosi pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini.

MalaysiaGazette yang di jemput khas oleh Aswara bagi membuat liputan keberangkatan pulang penuntutnya turut menyaksikan pelbagai emosi bercampur aduk dalam kalangan mereka termasuk tenaga pengajarnya.