TERKINI : Jangan Spekulasi Lebih-Lebih Tentang Moratorium – Tengku Zafrul

Terdapat beberapa kekeliruan tentang kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan semalam, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Justeru itu katanya, BNM dinasihatkan agar mempertingkatkan komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan sebagai kekeliruan.

“Wujud kekeliruan dalam soalan lazim yang diberikan BNM. Jadi ilustrasi yang diberikan juga mengelirukan.

Tapi tidak ada perbezaan dalam peruntukan itu. “Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru samada ia akan didenda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim.

1 Komen

  1. Tanggungjawab menteri kewangan sepatutnya beri garis panduan dengan jelas sewaktu PM umumkan awal dahulu lagi bukan sekarang timbul cerita baharu. Nampak buat kerja hentam keromo dan kerja tak ada tanggungjawab. Bila netizen mula bising baru menteri kewangan tunjuk muka dan beri nasihat kepada BNM. Selama ni BNM ikut arahan siapa? Tanya jer… jangan gelabah. Jangan ingat menteri lebih cerdik daripada netizen. Kena
    selalu ingat, kamu hanya lantikan politik.

Comments are closed.