TERKINI : Penulisan Berniat Jahat Terhadap Penjawat Awam G41 – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan artikel terbitan akhbar bahasa Inggeris tempatan yang mendakwa kononnya gaji penjawat awam G41 adalah antara RM12,000 hingga RM20,000 adalah satu kenyataan yang berniat jahat dan prejudis.

Presidennya Adnan Mat berkata, pihaknya amat kesal dengan penulis artikel itu yang boleh mewujudmka persepsi negatif terhadap penjawat awam di mata masyarakat.

“Sebenarnya G41 ini bukan gaji sedemikian rupa…ada dalam kalangan G41 masih di bawah golongan M40 yang masih perlu dibantu kerajaan dan kenyataan yang katakan gaji mereka antara RM12,000 hingga RM20,000 sebulan adalah kenyataan yang nakal dan boleh memberi kesan buruk kepada penjawat awam.

6 Komen

  1. Jadi kalau macam tu segeralah buat laporan polis keranamenyebar berita palsu dan mengancam ketenteraman awam sebab fitnah..

  2. Helio …gaji penjawat awam gred 41… mula dlm rm2100-2500 je..kalo gaji rm12k..mau nya.. dia tu gred 56… isk.. majikan kitaorg yg suruh duk umah utk putuskan rantaian covid-19.. sapa yg x puas hati tu… setiap otg ada kelebihan masing2..Sedangkan bonus penjawat awam cuma rm500 stiap tahun pun..kitaorg bersyukur…amboi..sedap mulut kata gaji penjawat tinggi berbenor. Kitaorg keje dari umah lah..

  3. Gaji penjawat awam gred 41 dlm anggran RM2100-2500. kalo gaji rm12000 mau nya..dia tu gred 56..tu pun kalo dia dh lama kerja @ jadi pengarah ke.. bonus kitaorg selalu dapt rm500 pun..kitaorg.. dah bersyukur.. dah majikan kitaorg suruh duk umah utk putuskan rantaian covid-19…kena patuh arahan.. aku sebagai pjawat awam pun bkerja dari rumah..

  4. Wartawan ada yg bijak. Peliknya kalangan mereka adalah graduanĀ² dari media massa kenapa tak buat ‘homework’ sebelum buat artikel. Info dari mana dia peroleh. Jangan lah malukan profesion ni.

  5. Boleh check Facebook wartawan India tu…daripada post2 dia dlm FB mmg jelas macai Pakatan Harapan@DAP…so what do we expect? Geng2 Tony Pua ni

Comments are closed.