Seramai 145 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini memulakan perjalanan pulang ke kampung di Zon Tengah iaitu sekitar Lembah Klang.

KUALA LUMPUR – Seramai 145 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini memulakan perjalanan pulang ke kampung di Zon Tengah iaitu sekitar Lembah Klang.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak  berkata, kesemua pelajar yang memulakan perjalanan tengahari ini terbahagi kepada dua peringkat mengikut segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Para pelajar ini wajib melalui beberapa fasa saringan kesihatan dan perlu mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan para pelajar dapat pulang bersama keluarga untuk menyambut bulan Ramadan dan dapat berhari-raya bersama. Kepada para ibu bapa juga terima kasih kerana berdoa dan bersabar menunggu kepulangan anak-anak yang dinantikan,” ujarnya.

Zon tengah adalah merangkumi kawasan Lembah Kelang seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Klang Selatan dan Klang Utara, Putrajaya, Sepang, Serdang, Shah Alam, Subang Jaya, Sg.Buloh, Kajang, Ampang, Cheras, Petaling Jaya dan Gombak.

Destinasi akhir pelajar tersebut ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah yang telah ditetapkan.

Jelas beliau lagi semua pelajar akan disaring tahap kesihatan mereka dahulu sebelum memulakan perjalanan pulang selain semua bag-bag pakaian disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terdahulu penghantaran pulang pelajar UIAM kumpulan pertama untuk zon utara(Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) telah selamat dilaksanakan pada 27 April lalu.

Seramai 193 orang pelajar telah pulang ke kampung halaman masing-masing.Oleh itu sejumlah 338 orang pelajar UIAM telah selamat pulang ke pangkuan keluarga. – MalaysiaGazette