KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak Covid-19 melibatkan pelajar maahad tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.-Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak Covid-19 melibatkan pelajar maahad tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenal pasti semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana enam kes positif dikesan di kawasan tersebut.

“Mereka yang ada kontak rapat dengan enam kes positif ini kita akan jalankan saringan kesihatan. Walaupun madrasah telah tutup tetapi masih ada yang tinggal dalam madrasah itu.

“Jadi kita akan lihat bagaimana cara untuk kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di madrasah itu sebagaimana di madrasah Kampung Sungai Lui, Selangor,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 8,030 sampel telah diambil daripada pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling.

“Hasil pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling, sebanyak 378 kes positif,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast