Azisman Alias

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengelak insiden kemalangan maut khususnya yang melibatkan anggota anggota keselamatan yang sedang bertugas berulang.

Pengarah, Komisioner Datuk Azizman Alia meminta anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya sentiasa berhati-hati memandangkan peningkatan kenderaan mulai esok berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi.

“JSPT pula akan meningkatkan terus operasi-operasi penguatkuasaan lebih tegas seperti membawa kenderaan dengan laju, Ops Mabuk, langgar lampu merah dan beberapa kesalahan utama lain,” katanya kepada MalaysiaGazette..

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk pada pukul 3 pagi ini.

Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu.

Menurut Azizman, insiden awal pagi ini merupakan kes pertama anggota polis maut ketika sedang bertugas di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

“Sebelum ini, banyak juga berlaku seperti merempuh dan cuba lari dari sekatan jalan, melibatkan anggota tercedera dan sebagainya.

“Dari aspek keselamatan di sekatan jalan raya, saya mendapati petugas-petugas telah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard PDRM yang ditetapkan dan lokasi serta jarak penglihatan dan papan tanda, kon-kon semuanya jelas dapat dilihat oleh pengguna jalan raya di jalan yang dipilih lokasi untuk sekatan jalan.

“Pemandu-pamandu yang membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang tinggi atau dadah amat merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan juga untuk keselamatan petugas-petugas di lokasi sekatan jalan raya,” ujar beliau.

Azizman berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat jika terkesan dengan pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya dengan memberi maklumat kenderaan terbabit serta tarikh dan masa jika.

“Bagi kes kemalangn maut tadi diharapkan pihak mahkamah dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal dan maksima kepada pesalah tersebut,” ujarnya.

Ditanya adakah polis akan memperhalusi supaya hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian, Azizman berkata, pemindahan akta terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Sebelum ini memang telah dicadangkan hukuman yang lebih berat atas pemandu mabuk pada awal tahun ini semasa bekas Menteri Pngangkutan, Anthony Loke yang akan dibawa ke Parlimen untuk pindaan bersabit hukuman dan kandungan alkohol pada badan pemandu.

“Disebabkan pandemik Covid-19 sekarang ia masih belum dibawa ke Parlimen dan tertangguh,” katanya. – MalaysiaGazette

Anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. tu la,polis xnk berkeras atau bertegas dgn org2 yg sepatutnya,
    pemabuk hanya disaman,didenda,alasan tahap mabuk dibenarkan,
    buatla sesuatu demi keselamatan bersama,
    rakyat selamat,penguatkuasa selamat,
    sampai bila polis dan pihak tertentu nak berlembut pada org2 yg sengaja cuai??

Comments are closed.