Donald Trump. foto CNN

WASHINGTON – Presiden Donald Trump ‘gembira’ apabila Kim Jong Un memunculkan dirinya dan kelihatan sihat.

”Saya gembira melihat beliau kembali dan sihat,” kata Trump menerusi Twitter.

Kim membuat kemunculan kembali di media Korea Utara selepas tiga minggu ‘bersembunyi’, sekali gus menguatkan spekulasi tentang tahap kesihatannya.

Media-media Korea Utara memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan Kim berjalan, tersenyum lebar dan menghisap rokok semasa menghadiri pembukaan

Gambar Kim Jong Un ketika merasmikan kilang baja pada Jumaat lalu. foto KCNA

sebuah kilang baja di Sunchon, yang terletak di utara Pyongyang.

Keadaan Kim menjadi tanda tanya selepas beliau tidak kelihatan semasa majlis sambutan ulang tahun datuknya, yang juga pengasas politik Korea Utara.

Kali terakhir beliau kelihatan pada 11 April lalu.

Ketiadaan Kim menjadi polemik kerana ia berlaku ketika Washington dan Korea Selatan membincangkan mengenai program nuklear Pyongyang dan ‘kehilangan’ Kim dijangka menyebabkan ketidakpastikan berlaku dalam proses tersebut. – MalaysiaGazette