TERKINI : Jika Penularan Wabak Merebak Mungkin Tindakan PKPD – Dr Noor Hisham

Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh diluaskan ke seluruh negeri bukan sahaja dilaksanakan di kawasan kilang atau premis perniagaan.

Bagaimanapun, pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi fokus kepada lokaliti atau di kilang serta premis yang mempunyai kes positif Covid-19 sahaja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sekiranya , dan bukan sahaja kilang tetapi satu kampung, mukim, daerah atau negeri itu kita akan laksanakan PKPD mengikut keperluan,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di kementeriannya di sini, hari ini.