TERKINI : Tidak Perlu Khuatir Kes Import – Dr Noor Hisham

Orang ramai tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes di kalangan kes-kes import ataupun kes di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kerana mereka yang dihidapi wabak itu telahpun diasingkan untuk disaring awal-awal lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membantu usaha kerajaan dalam meratakan lengkung di mana pencapaian itu adalah hasil kerjasama daripada pelbagai agensi dan orang ramai.