Gambar Kim Jong Un ketika merasmikan kilang baja pada 1 Mei 2020. foto KCNA

SEOUL – Bekas diplomat kanan Korea Utara meminta maaf selepas mendakwa Kim Jong Un mungkin sakit teruk beberapa hari sebelum beliau muncul dalam rangkaian media negara sambil merokok dan berjalan di atas sebuah pentas dalam sebuah acara.

Kim dilaporkan ‘hilang’ selama berminggu-minggu, mencetuskan spekulasi mengenai kesihatan dan keberadaannya.

Sehingga ke satu peringkat, Kim didakwa mungkin menderita sakit teruk yang boleh mengakibatkan kematiannya.

Banyak pihak menyatakan kebimbangan tentang prospek negara bersenjata nuklear itu sekiranya berlaku penggantian yang tidak dijangka.

Tetapi pada hari Sabtu lalu, media Korea Utara menerbitkan gambar-gambar Kim dalam upacara memotong reben ketika merasmikan kilang baja.

Salah seorang pembelot, Thae Yong Ho, adalah wakil duta Korea Utara ke Britain, yang mana beliau pernah terlibat menguruskan dana rahsia untuk Kim.

Bagaimanapun Thae melarikan diri ke Korea Selatan pada tahun 2016 dan merupakan salah satu pasangan pembelot yang terpilih ke Parlimen pada bulan lalu.

“Saya sedar bahawa salah satu sebab mengapa banyak daripada anda memilih saya sebagai penggubal undang-undang dengan harapan saya dapat menganalisis dan memberi unjuran tepat mengenai isu-isu Korea Utara,” kata Thae dalam satu kenyataan sambil menyatakan rasa bersalah dan bertanggungjawab penuh.

“Apapun alasannya, saya meminta maaf kepada semua orang,” katanya.

Seorang pembelot lain yang terpilih, Ji Seong-ho, dalam satu wawancara media menyatakan 99 peratus yakin bahawa Kim telah mati setelah pembedahan kardiovaskular dan pengumuman rasmi akan dibuat pada hari Sabtu.

Bagaimanapun Ji gagal dihubungi.

Ji memberitahu Reuters pada hari Jumaat lalu dia telah menerima maklumat mengenai kematian Kim dari sumber yang tidak dapat didedahkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast